CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 9, 2009

MULTIMEDIA DALAM PELBAGAI BIDANG.

Multimedia ialah satu perkataan yang sering kita dengar pada masa sekarang apabila memperkatakan tentang komputer, lebih-lebih lagi komputer dalam pendidikan. Sebenarnya, multimedia sudah lama digunakan dengan meluasnya dalam pendidikan, cuma istilah ‘multimedia’ tidak wujud sehingga beberapa tahun ini. Pada hakikatnya, teks, grafik, bunyi dan video sudah lama digunakan untuk mempersembahkan sesuatu konsep atau topik dalam sesuatu mata pelajaran. Sehingga awal tahun 90an umpamanya, video dan cakera laser masih luas dipergunakan di sekolah-sekolah di Amerika Syarikat. Keadaan semakin berubah dalam dua tiga tahun ini di mana komputer menjadi semakin canggih dan sistem komputer itu dikatakan tidak lengkap tanpa pemacu cakera padat (pemacu CD-ROM).

Di dalam dunia teknologi maklumat pada masa sekarang di mana kita sering dihujani dengan maklumat yang begitu banyak, adalah amat penting bagi kita untuk menguruskan maklumat-maklumat ini supaya ianya memberi makna kepada kita. Jika tidak, maklumat ini tidak dapat digunakan untuk kebaikan dan tidak dapat memberi apa-apa manfaat kepada kita. Kelompok yang berada dalam dunia pendidikan perlulah melihat kepada penggunaan teknologi yang canggih dalam membentukkan sistem yang dapat membantu mereka dalam memberi pengetahuan yang berguna kepada para pelajar.

Dalam era multimedia ini, adalah lebih penting bagi kita untuk melihat kepada cara-cara penggunaan multimedia untuk bukan sahaja memberi pengetahuan yang lebih tetapi juga untuk menggerakkan minda pelajar supaya tercetusnya idea-idea baru yang akan memberi pengetahuan baru kepada mereka. Untuk menggunakan teknologi bagi tujuan-tujuan pendidikan dan latihan, amatlah penting untuk memisahkan alat, iaitu sistem multimedia, dari kaedah persembahan maklumat yang terdapat pada sistem tersebut, iaitu hipermedia. Sesungguhnya kewujudan sistem yang canggih tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa jika ianya tidak menggunakan kaedah yang betul untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada penggunanya.


Penggunaan Multimedia Dalam Pendidikan.





Tidak dinafikan bahawa teknologi multimedia mampu memberi kesan yang besar dalam bidang komunikasi dan pendidikan kerana ianya boleh mengintegrasikan teks, grafik, animasi, audio dan video. Multimedia telah mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih dinamik. Namun apa yang lebih penting ialah kefahaman tentang bagaimana untuk menggunakan teknologi tersebut dengan lebih efektif dan dapat mengeluarkan idea-idea untuk pengajaran dan pembelajaran.

Buat masa kini, guru perlu mempunyai kemahiran dan keyakinan diri bagi menggunakan keupayaan teknologi ini dengan cara yang paling berkesan. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif, lebih menggalakkan komunikasi aktif antara pelbagai hala. Penggunaan komputer multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah dengan matlamat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

Dengan berkembangnya teknologi multimedia, unsur-unsur video, bunyi, teks dan grafik boleh diserap di dalam perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Hari ini, perisian PBK telah banyak didapati dalam pasaran yang disediakan dalam storan cakera padat yakni CD-ROM. Contoh-contoh perisian ini adalah seperti ensaiklopedia, kamus elektronik, buku cerita elektronik dan perisian kursus. Konsep permainan dalam pembelajaran digabung untuk menghasilkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. Perisian-perisian ini adalah dari jenis pembelajaran di dalam kelas atau pembelajaran kendiri. Ia boleh digunakan untuk pembelajaran di rumah dan di sekolah.

Ensiklopedia memberi peluang pembelajaran berlaku. Aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan ensaiklopedia CD-ROM juga melibatkan pemikiran kritikal, mencari, menghubung dan menghasilkan maklumat - bukan hanya mengingat. Sama ada pembelajaran berlaku atau tidak, dan jenis pembelajaran yang berlaku bukan sahaja bergantung kepada isi dan bagaimana ia memotivasikan pelajar, tetapi lebih bergantung kepada kualiti pelajaran serta aktiviti murid yang telah dirancang oleh guru.

Sesi pembelajaran boleh disesuaikan dengan tahap penerimaan dan kefahaman pelajar. Pencapaian dan kefahaman pelajar akan diuji. Jika pelajar tidak mencapai tahap yang memuaskan, maka sesi pemulihan pula akan dilaksanakan. Rekod pencapaian pelajar akan disimpan supaya prestasi pelajar boleh diawasi. Konsep pembelajaran kendiri dapat dilaksanakan dengan jayanya jika perisian tersebut menarik dan memotivasikan pelajar untuk terus belajar. Ini dapat dicapai jika perisian direkabentuk dengan baik menggunakan multimedia. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif akan menggalakkan komunikasi aktif pelbagai hala ( pelajar-guru, pelajar-pelajar, pelajar-komputer ). Gabungan pelbagai media yang memanfaatkan sepenuhnya deria penglihatan dan pendengaran mampu menarik minat belajar. Namun yang utamanya ialah pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Harus diingat bahawa teknologi multimedia hanya bertindak sebagai pelengkap, tambahan atau alat bantu kepada guru. Multimedia tidak akan mengambil alih tempat dan tugas guru. Multimedia adalah sebagai saluran pilihan dalam menyampaikan maklumat dengan cara yang lebih berkesan. Komputer hanya digunakan hanya jika ia adalah perlu dan pilihan yang terbaik. Andainya jikalau terdapat pilihan lain yang lebih berkesan untuk menyampaikan maklumat, gunakanlah pilihan itu.

Di samping itu juga guru harus sedar keperluan berinteraksi dengan teknologi terkini bagi membiasakan generasi yang akan datang dengan cara hidup canggih abad ke 21 nanti. Penggunaan multimedia secara tidak langsung dapat memberikan peluang kepada guru dan pelajar menggunakan dan memahirkan diri dengan pelbagai teknologi terkini dan bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran teknologi baru yang akan datang.

Kelebihan Penggunaan Multimedia Dalam Pendidikan.

Kelebihan penggunaan multimedia dalam pendidikan adalah seperti berikut:
a. Dalam pembelajaran berbantukan komputer - pelajar dapat didedahkan kepada isi pengajaran - maklumat dapat disimpan secara logik dalam ingatan - mengeluarkan semula maklumat atau kemahiran secara berkesan.
b. Sebagai sumber maklumat / pengkalan data - mampu untuk menyokong model sebagai sumber maklumat - mencari hubungan atau kaitan dari satu maklumat ke maklumat lain - untuk menghasilkan persekitaran yang kaya dengan maklumat - memperkayakan serta mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.
c. Sebagai bahan kursus untuk memperkayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) - memperkayakan aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk pelajar pra sekolah dan sekolah rendah - menghiburkan kanak-kanak dan meningkatkan kemahiran membaca, mendengar dan berinteraksi secara individu dengan teknologi terkini.
d. Sebagai alat bantu mengajar
-memberi peluang kepada guru mengubah kaedah pengajaran
- menginteraksikan klip video atau animasi yang sesuai supaya lebih menarik dalam pengajaran.

Penggunaan Multimedia Dalam Pemasaran Dan Periklanan.

Multimedia digunakan di dalam perniagaan seperti persembahan (presentation),latihan, pemasaran, demonstrasi produk, katalog produk dan komunikasi di dalamrangkaian. Persembahan multimedia pada masa kini dapat memberi minat kepadapendengar dengan mencantumkan unsur animasi, audio dan klip video dalam satupersembahan berbanding menggunakan 35mm slide dan overhead projektor yanghanya dapat menggunakan unsur teks dan grafik sahaja.

Di dalam program latihan pekerja, multimedia digunakan dengan meluas. Pekerja dilapangan terbang belajar bagaimana untuk menghadapi pengganas antarabangsa dankeselamatan di lapangan terbang dengan menggunakan simulator. Mekanikmempelajari bagaimana untuk membaiki enjin. Persembahan multimedia juga banyakdigunakan untuk meyakinkan pihak tertentu seperti pihak bank atau kementeriantertentu dengan menunjukkan proses yang berlaku dalam kilang yang akan dibina.Begitu juga persembahan bagi cadangan menggunakan teknologi terbaru di dalamsyarikat atau organisasi.

Bagi kegunaan pejabat, penggunaan kamera video, mikrofon dan pembesar suara sertacapture cardboleh digunakan bagi kegunaan pejabat seperti membuat kad pekerjadan juga pangkalan data yang lengkap dengan gambar pekerja. Komputer laptopdigunakan beserta persembahan multimedia bersedia untuk memberi persembahan dimana-mana jua. Dengan kesedaran syarikat tentang kepentingan persembahanmultimedia, lebih banyak produk multimedia akan dihasilkan dengan tujuan untukmelancarkan perjalanan syarikat dan memberikan keuntungan.
Multimedia juga mengubah cara bagaimana kita membeli-belah. Katakan sebagaicontohnya untuk membeli seluar, jika selalunya kita pergi ke kedai-kedai mencariharga yang sesuai,saiz seluar dan bentuk yang kita minat dan kemudian beratur untukmembayarnya berbanding dengan pembelian secara on-linemembolehkan kitamembeli dari rumah.

Multimedia mengubah cara perniagaan. Perbankan secara on-line dan membeli-belahsecara on-linemembina satu masyarakat yang tanpa-wang (cashless). Maybank2Ucontohnya membenarkan pelanggannya untuk memeriksa baki di akaun bank mereka,melihat transaksi kad kredit mereka, memindahkan wang ke akaun yang lain,melaburkan duit ke dalam saham dan membayar bil secara on-line.

Multimedia mengubah cara perniagaan. Perbankan secara on-line dan membeli-belahsecara on-linemembina satu masyarakat yang tanpa-wang (cashless). Maybank2Ucontohnya membenarkan pelanggannya untuk memeriksa baki di akaun bank mereka,melihat transaksi kad kredit mereka, memindahkan wang ke akaun yang lain,melaburkan duit ke dalam saham dan membayar bil secara on-line.




Rajah menunjukkan Maybank2U yang menggunakan teknologi multimedia dalam urusan perbankan.

Syarikat membayar wang untuk mengiklankan operasi perkhidmatan perniagaanmereka di internet. Di televisyen, iklan yang dipaparkan adalah percuma keranasyarikat pengiklanan telah membayar kos operasi pemancaran televisyen. Pengiklanandi internet juga mempunyai konsep yang sama seperti di televisyen. Sebagai contoh,iklan-iklan komersial telah membayar satu enjin pencari yang terkenal yahoo.comuntuk mempromosikan barangan dan perkhidmatan mereka melalui banneryangdisediakan di yahoo.com.

Multimedia juga mengubah cara kita membaca surat khabar dengan menyediakanperkhidmatan berita di internet. Dengan menggunakan teknologi penerbitanelektronik (elektronic publishing), berita di pushke dalam website setiap hari. Padamasa kini perkhidmatan internet yang mempunyai laman web bermultimedia danproduk-produk multimedia yang lain mula bersaing dengan TV untuk menyiarkankandungannya. Sebagaimana pengguna TV menghabiskan masa merekamenontonnya, internet menyediakan bahan yang sama seperti siaran radio, siaran TVdan klip-klip video.


Rajah menunjukkan video kamera di komputer peribadi.


Dengan pertambahan kos pengangkutan dan tuntutan perjalanan untuk bermesyuarat,video conferencingmula menjadi popular. Walaupun tidak semua dapat menyediakanperalatan yang mahal terdapat alternatif yang lebih murah seperti menggunakan CU-SeeMe yang merupakan penggunaan video kamera pada komputer PC. Selain ituterdapat syarikat yang menjalankan perniagaan menyediakan perkhidmatan videoconferencingkepada syarikat lain.


Rajah menunjukkan penggunaan teknologi video conferencing.
Perkembangan dalam teknologi multimedia merupakan satu fenomena yang tidak dapat disangkal lagi kepentingannya. Teknologi ini semakin popular dan digunakan dalam kebanyakan aspek kehidupan manusia sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Dunia pendidikan juga tidak terkecuali dari merasai bahang dari teknologi tersebut dan ianya semakin ketara sejak akhir-akhir ini begitu juga dalam bidang pemasaran dan periklanan.

0 comments: